Apa yang menarik dengan Kad Pendaftaran Personel Pembinaan CIDB yang baharu?

Dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (“CIDB”) Malaysia, kami di Bayo dengan sukacita memperkenalkan anda kepada Kad Pendaftaran Personel Pembinaan yang terbaharu.

Kad Pendaftaran Personel Pembinaan yang terbaharu (“Kad”) adalah kad pintar dwi-fungsi; ia adalah ID dan kad pembayaran yang direka khusus untuk semua kakitangan pembinaan di Malaysia. Dilengkapi dengan banyak ciri keselamatan yang lain seperti Piawaian Pengesahan Keselamatan 2-Faktor; cip dan kod QR yang disahkan EMV, Kad Pintar ini amat selamat, tidak mudah diubahsuai dan hampir sukar dipalsukan.

Kad Pendaftaran Personel Pembinaan baharu ini terdiri daripada dua elemen; bahagian ID dan bahagian pembayaran. Sebaik sahaja menerima Kad anda, bahagian ID ini sedia digunakan oleh anda untuk tujuan pengenalan dengan CIDB, manakala bahagian pembayaran akan siap pada bulan Disember tahun ini.

Nantikan, ada banyak lagi untuk anda!

Ciri-ciri Baru
Akan Datang..!

Kad Fizikal – Kad Pembayaran

Ciri-ciri tersebut akan tersedia menjelang Disember tahun ini.

Dompet Mudah Alih

Dompet mudah alih akan tersedia untuk dimuat turun di Apple Store dan Google Play menjelang Disember tahun ini.

*Tertakluk kepada kelulusan dari Bank Negara Malaysia (“BNM”)

FAQs

Bagaimanakah untuk saya memohon Kad Pendaftaran Personel Pembinaan ini?

Anda boleh hubungi CIDB Careline di 1300 88 2432 atau layari www.cidb.gov.my untuk memohon Kad Pendaftaran Personel Pembinaan.

Siapa yang boleh memohon Kad Pendaftaran Personel Pembinaan ini?

Mana-mana personel yang dikehendaki memasuki mana-mana tapak pembinaan di Malaysia perlu memiliki Kad Pendaftaran Personel Pembinaan yang sah.

Saya telahpun menerima Kad Pendaftaran Personel Pembinaan saya tetapi tidak dapat menggunakannya untuk pembayaran.

Fungsi pembayaran akan tersedia menjelang Disember tahun ini. Sila maklum bahawa kami sedang gigih bekerja untuk menyediakan kesemua ciri-ciri pembayaran yang menarik kepada anda untuk dinikmati tidak lama lagi! Kami akan menghantar notis pemberitahuan kepada anda sebaik sahaja ia siap untuk digunakan. Sementara itu, kad anda boleh digunakan sebagai ID. Nantikan, banyak lagi yang tersedia untuk anda!

Saya ingin tahu lebih banyak lagi tentang fungsi pembayaran kad, kepada siapa perlu saya rujuk?

Anda boleh menghubungi kami ( Bayo ) di talian +603 7621 5151 dan khidmat pelanggan kami akan membantu anda dengan sebaik mungkin. Kami sedia menanti panggilan anda!

Ps: Kami sentiasa mengemas kini laman web kami dari semasa ke semasa, dan anda juga boleh melayari laman web kami www.bayo.my untuk maklumat terkini.